Wednesday, April 15, 2009

Akhirnya...

Ini akan menjadi pos pertamaku dalam Bahasa Melayu..
Dan hanya satu perkataan kan ku katakan!


KUSUT!!!


Kehidupan sejak kebelakangan ini sungguh beredaran dalam erti perkataan di atas ini. Namun, sebabnya ku tidak tahu. Mengapa ku jadi begini dan untuk berapa lama lagi. Kekusutan ini terjadi secara hipotesisnya saya rasa akibat beberapa perkara yang terampai-ampai dalam minda dan tidak dapat ku selesaikan. Ku rase amat resah dan gelisah. Juga kesunyian hidup tanpa teman dan juga kelambakan kerja sekolah dan bebelan pula dari ibu dan bapa. Bagaimanapun, ku tetap teguh dan cuba menyelubungi masalah ini dan cuba memaparkan wajah air muka yang segar. 

Kekusutan ini juga ditambah dengan keadaan ku kini yang bercinta dengan gadis jelita kepunyaan lain. Ini sungguh meremuk hatiku kerana dia juga mulai jatuh cinta, namun, keadaanya amat tidak mengizinkan. Cinta itu dikatakan kudus dan sukar dicari tetapi senang dihilangkan. Ku amat mencintainya. Betapa lama lagi ku harus menunggu, menunggukan kehendaknya.

Ku harap semuanya akan reda dan ku akan jadi seorang insan yang biasa kembali semula.

Inilah kata-kata ku, hanya dari sepatah kata; 'kusut' dapat ku ceritakan serba sedikit setidak-tidaknya fahamkan.

No comments: